Suara Rakyat Patani

Islam Liberal
Menatang Apa  Islam Liberal?

Apa itu liberal?

Liberal bermaksud bebas atau longgar.

Liberalisasi atau Liberalisme bermaksud pembebasan atau pelonggaran.

Maksud Islam Liberal

Islam Liberal bermaksud membebaskan atau melonggarkan ajaran Islam supaya sesuai dengan keadaan semasa menurut pandangan yang difikirkan sesuai tanpa merujuk kepada sumber ilmu yang benar lagi sahih dalam Islam.

Aqidah Islamiyyah (عقيدةاسلامية)

‘Aqidah (عقيدة) berasal daripada perkataan ‘aqad (عقد) yang bermaksud simpulan atau ikatan.

Simpulan (‘aqidah) bagi setiap muslim ialah beriman bahawa Tiada Tuhan selain A‘Aqidah merupakan asas yang paling penting bagi seseorang muslim.

‘Aqidah yang benar dalam Islam adalah Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah

(الجماعة و السنة اهل)llah SWT (لااله الالله) serta dasar-dasar dalam Rukun Iman yang enam.

‘Aqidah Islamiyyah VS Islam Liberal

Dari segi bahasa, Islam Liberal ternyata bercanggah dengan ‘Aqidah Islamiyyah!

Sejarah Agama Kristian

Agama Kristian direka oleh Saul of Tarsus yang mendakwa dirinya sebagai penyambung ajaran Nabi Isa AS.

Saul merupakan rakyat Rom berketurunan Yahudi. Saul adalah salah seorang penentang keras ajaran Nabi Isa AS pada mulanya.

Kemudian Saul menukar namanya kepada Paul disebabkan dakwaannya bertemu Nabi Isa AS di dalam mimpinya. Hari ini dia dikenali sebagai Saint Paul.

St. Paul tidak pernah berjumpa dengan Nabi Isa AS semasa hayatnya tetapi mendakwa dirinya penyambung ajaran Nabi Isa AS. Pelik!

Ajaran yang dibawa oleh St. Paul bukan ajaran Nabi Isa AS yang didakwa oleh banyak pihak.

Kepalsuan ajaran yang dibawa St. Paul diterima oleh masyarakat ketika itu sebagai sebuah agama yang dikenali sebagai Kristian.

Sejarah Liberalisasi Agama

Fahaman liberalisasi agama bermula sejak Zaman Pencerahan (Age of Enlightenment) cengkaman institusi gereja Kristian daripada sistem hidup masyarakat Eropah ketika Zaman Gelap (Dark Ages).

Gereja mengawal semua aspek sistem kehidupan masyarakat ketika itu sehingga menindas fitrah kemanusiaan.

Penemuan ilmu sains dan kebenaran melalui eksperimen langsung dihalang dan diharamkan oleh pihak gereja sehingga mewujudkan pemberontakan pihak ilmuan (saintis) sehingga timbul aliran Kristian Protestan.

Kebenaran mustahil bercanggah dengan kebenaran.

Kepalsuan fahaman Kristian yang dibawa ketika itu langsung bercanggah dengan penemuan kebenaran oleh para ilmuan (saintis).

Maka, menimbulkan pemberontakan golongan ilmuan terhadap pihak gereja demi menegakkan kebenaran.

Inilah sejarah liberalisasi agama sehingga mewujudkan fahaman sekularisasi / sekularisme agama yang digunapakai sehingga hari ini.

Islam Liberal?

Mana mungkin Islam perlu dibebas atau dilonggarkan atas alasan ingin menegak kebenaran seperti terjadi kepada sejarah liberalisasi ajaran Kristian.

Islam membawa kebenaran, langsung tidak menindas atau menyulitkan fitrah kehidupan manusia.

Golongan Islam Liberal sengaja menimbulkan isu hak asasi manusia dan hak kebebasan bersuara untuk menghentam kesucian Islam secara halus.

Islam Liberal= Mu’tazilah Baru

Golongan Islam Liberal bertuhankan akal. Bagi mereka, akal lebih tinggi daripada al-Qur’an dan al-Sunnah.

Golongan Islam Liberal mempertikai perkara-perkara yang jelas diterangkan di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah atas alasan akal semata-mata.

Islam mementingkan penggunaan akal tetapi akal wajib didasari dengan ilmu al-Qur’an dan al-Sunnah.

Golongan Islam Liberal adalah salinan fahaman Mu’tazilah zaman ini.

Agenda-agenda Islam Liberal

Menyamaratakan hak lelaki dan wanita – haramkan poligami, isteri boleh talak suami, isteri boleh keluar rumah tanpa kebenaran suami, wanita boleh imamkan solat lelaki, dll.

Mempertikai hukum-hakam syari‘at yang jelas dalam al-Qur’an dan al-Sunnah – fara’id tak adil, hudud hukum kuno, mempertikai al-Qur’an, rambut bukan aurat wanita, dll.

Membenarkan semua jenis hak asasi manusia – menghalalkan gay/lesbian/pengkid/mak nyah dalam Islam, menghalalkan murtad, menyokong Nabi palsu, dll.

SELAMAT DATANG KESUARA RAKYAT PATANI

Krisis Selatan Thai
Selatan Thai terkenal dikalangan pelancong asing sebagai sebuah syurga pelancongan. Permukaan bumi yang indah dengan gunung-ganang, pantai-pantai, pulau-pulau dan yang paling popular adalah tempat-tempat hiburan yang rata-rata menawarkan perkhidmatan seks. Kebanyakkan rakyat Malaysia yang tidak pernah ke sana, terutamanya yang tinggal diselatan tanah air tidak pernah mengetahui bahawa masyarakat Selatan Thai majoritinya adalah masyarakat Melayu muslim. Mereka masih berbahasa Melayu dengan loghat Pantai Timur Malaysia kecuali di Wilayah Saturn yang menggunakan loghat Kedah. Wilayah Saturn satu ketika dahulu merupakan sebahagian daripada Negeri Kedah dan sehingga kini mereka masih mengamalkan budaya-budaya Melayu.

Perdagangan seks di Selatan Thai menjadi sangat popular di kalangan masyarakat Malaysia sehingga apabila disebut sahaja ingin ke Thailand, pasti akan ada yang salah faham jika penjelasan selanjutnya tidak diberikan. Namun, peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Tak Bai pada bulan Ramadhan tahun 2004 telah banyak mengubah persepsi masyarakat Malaysia terhadap Selatan Thai. 85 orang telah terbunuh pada hari berkenaan akibat sesak nafas kerana ditindan beramai-ramai di dalam trak askar. Selama berminggu-minggu berita tentang Selatan Thai muncul dikaca tv. Orang ramai mula tahu bahawa majoriti masyarakat disini beragama Islam. Berita-berita di tv menggambarkan bahawa telah terjadi satu penentangan oleh pihak yang dinamakan sebagai puak pemisah. Namun, berita yang tidak konsisten dari pihak media menyebabkan masyarakat masih tidak memahami apakah yang sebenarnya berlaku di Selatan Thai. Kisah penindasan dan peminggiran penduduk asal di sini iaitu masyarakat Melayu Muslim dari segi hak ekonomi, hak mengamalkan budaya dan bahasa Melayu, hak pendidikan, hak perundangan menurut Syariah dan hak perjawatan dalam kerajaan tidak banyak di ketahui umum. Inilah di antara sebab – sebab berlakunya pemberontakan di wilayah ini .

Selain Tak Bai, peristiwa pengeboman di dalam Masjid Krisik dan beberapa lagi siri pembunuhan beramai-ramai ala operasi ketenteraan konvensional yang jelas bertentangan dengan hak-hak kemanusiaan untuk menewaskan kumpulan pemisah ini telah merosakkan imej tentera di Selatan Thai di kalangan masyarakat dunia. Akibat tekanan daripada negara-negara jiran dan negara-negara lain, strategi yang digunakan oleh pihak keselamatan untuk menangani permasalahan ini telah berubah, tetapi bukan dengan cara yang lebih baik. Aduan tentang penculikan, penderaan dan pembunuhan yang diterima oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia semakin meningkat. Ternyata, stategi ini berjaya menutup kekejaman pihak tentera daripada diketahui oleh pihak luar. Lebih-lebih lagi, perintah darurat yang dilaksanakan di Selatan Thai tidak membenarkan warganegara asing masuk ke kawasan krisis yang digelar ‘Red Zone’. Di Malaysia, berita tentang kezaliman yang berlaku di Selatan Thai semakin jarang – jarang di dengar sekaligus menggambarkan keadaan disana semakin aman. Apa yang berlaku sebenarnya, pembunuhan masih berlaku hampir setiap minggu di sini, ia dilakukan dengan penuh terancang dan mengelirukan.

Penulis berpeluang untuk menziarahi dan menjalankan kajian tentang apa yang berlaku di sana dengan bantuan rakan-rakan aktivis Selatan Thai memberikan gambaran sebenar keadaan masyarakat di kawasan itu di sebalik peristiwa yang berlaku. Kes yang terbaru iaitu pembunuhan kejam 11 orang jemaah yang sedang solat Isyak di Masjid Al-Furqan, Narathiwat pada 1 Jun lepas telah menggemparkan masyarakat dunia. Negara-negara asing kelam-kabut memperkatakan tentang jalan penyelesaian krisis yang sudah berdekad umurnya ini. Seperti selalu, belum pun penyelesaian terbaik diputuskan, berita-berita dari Selatan Thai ini akan semakin lama semakin senyap ditelan waktu. Kes yang terbaru ini adalah rentetan daripada ratusan kisah tragis pembunuhan yang berlaku hampir setiap minggu disini persis apa yang berlaku di Palestin. Dalam penulisan ini, 14 kajian kes tentang pembunuhan, penculikan dan penderaan yang dilakukan oleh pihak yang ’tidak ketahui’ telah dapat di kenalpasti . Namun, majoriti penduduk percaya perbuatan ini dilakukan oleh pihak tentera (atau mungkin pihak Istana) yang ingin terus berkuasa diwilayah bergolak ini.

Catatan Kes Isu Penculikan, Penderaan dan Pembunuhan Di Selatan Thai

Kes Pertama.

Tempat : Mak Mawi, Yarang, Patani.

Responden : Ibu mangsa.

Tarikh Kejadian : 16 Januari 2009

Abdul Aziz Ahmad (29) merupakan seorang yang kurang upaya. Jari tangannya tidak ada sejak beliau kecil lagi. Namun, beliau juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa bunuh membuta tuli pihak tentera. Pada hari itu, sebuah tadika yang terletak dibelakang Masjid Darul Takwa sedang mengadakan acara sukan tahunan yang diadakan secara bergilir-gilir dengan tadika-tadika yang lain. Tadika berkenaan penuh dengan orang ramai termasuk pelajar-pelajar, ibubapa, dan guru-guru. Pada hari itu juga, tanpa alasan yang jelas pihak tentera telah mengepung seluruh kawasan masjid dan juga tadika. Guru-guru sekolah tadika dan sekolah pondok sering menjadi sasaran pihak tentera kerana dituduh sebagai mempengaruhi masyarakat untuk membenci kerajaan dan menganggotai kumpulan pengganas. Pihak tentera telah menyerbu kawasan tadika dan masjid menyebabkan orang ramai yang panik lari bertempiaran menyelamatkan diri. Secara tidak sengaja, Abd Aziz yang juga sedang panik pada ketika itu lari kearah belakang masjid. Sekumpulan tentera yang telah berada dibelakang masjid tersebut berjaya menangkap Abd Aziz. Satu das tembakan kedengaran dari belakang masjid. Abdul Aziz maut ditembak tentera.

Orang ramai yang mengetahui perkara ini menjadi sangat marah kerana pihak tentera telah menembak mati orang awam secara membuta tuli. Abd Aziz dikatakan telah ditembak pada jarak 5 meter. Laporan daripada pihak polis pula mengatakan berlaku tembak menembak menyebabkan Abd Aziz terpaksa ditembak mati. Namun, semua orang tahu bahawa Abd Aziz yang kudung tangannya tidak mampu untuk memegang senjata. Hendak makan pun, sukar bagi Abd Aziz.

Satu tunjuk perasaan telah dilakukan oleh orang kampung dan kanak-kanak tadika untuk menuntut pembelaan. Namun, rayuan dan tangisan mereka tidak pernah dipedulikan oleh pihak kerajaan.

Kes Kedua

Tempat : Kg. Keranji, Tebing Telubang, Saiburi, Pattani.

Responden : Abang kepada mangsa (namanya tidak diberitahu).

Tarikh kejadian : Mac 2008

Tidak banyak maklumat yang kami perolehi daripada waris keluarga ini. Apa yang diketahui, seorang ahli keluarga mangsa yang berusia 18 tahun dan saudaranya 32 tahun telah mati ditembak oleh pihak yang tidak dikenali di dalam sebuah pondok yang dibina di belakang rumah. Tiada sesiapa yang menyaksikan kejadian tersebut. Keluarga mangsa hanya menyedari kejadian ini apabila dua mayat lelaki terbabit ditemui. Satu-satunya bahan yang boleh menjadi petunjuk kejadian adalah sebuah topi tentera yang ditemui di tepi pondok.

Kebanyakkan penduduk di Selatan Thai ini masih lagi berpegang kepada pendapat yang mengatakan bahawa haram untuk melakukan bedah siasat terhadap mayat. Ini kerana, mereka percaya bahawa mayat itu akan rasa tersiksa. Siasatan lanjut tidak dapat dilakukan untuk kebanyakkan kes-kes pembunuhan misteri seperti ini kerana pihak keluarga biasanya tidak membenarkan bedah siasat dilakukan. Oleh itu, kumpulan-kumpulan peguam muslim dan hak asasi manusia yang membela nasib penduduk Selatan Thai di Muslim Attorney Centre sukar untuk mengambil tindakan mahkamah. Pihak tentera seolah-olah mangambil kesempatan diatas perkara ini dengan melakukan banyak penculikan dan pembunuhan secara senyap terhadap mereka yang disyaki pengganas. Ini diburukkan lagi dengan perintah darurat yang dikenakan di wilayah selatan dan penguatkuasaan tiga undang-undang yang diluluskan khas untuk memerangi ‘pengganas’ iaitu Emergency Law, Marshal Law, dan Security Law membenarkan sesiapa sahaja yang disyaki ditahan tanpa bicara selama tujuh hari sehingga bertahun-tahun lamanya.

Dalam kes ini, tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa kerana laporan tidak dibuat walaupun pihak berkuasa sepatutnya bertanggungjawab menyiasat perkara ini sama ada laporan dibuat atau pun tidak.

Kes Ketiga

Tempat : Kg. Kedei, Teluk Aur, Yaring, Pattani.

Responden : Adik kepada mudir sekolah.

Tarikh Kejadian : Pertengahan tahun 2008

Kami telah dibawa kesebuah sekolah pondok yang telah ditutup dan terbiar di Yaring. Madrasah Jihad Wijaya pada mulanya merupakan sebuah sekolah pondok yang terkenal di Pattani. Terdapat lebih kurang dua puluh pondok yang dibina di sekolah ini untuk kediaman para pelajar. Kebanyakkan pelajar pondok ini adalah para remaja bermasalah dan mereka yang menganggur yang telah dihantar oleh ibubapa mereka atau mereka yang datang sendiri untuk belajar agama. Pondok ini telah melahirkan ramai guru-guru agama yang mengajar di masjid-masjid dan sekolah-sekolah agama ditempat lain. Mungkin kerana nama sekolah ini ada perkataan Jihad, maka sekolah ini telah secara rasminya dituduh oleh pihak kerajaan sebagai pusat untuk melahirkan pengganas. Pengistiharan telah dibuat di media perdana Thai oleh Perdana Menteri ketika itu,Thaksin Sinawatra. Berikutan dengan itu, serbuan telah dibuat disekolah berkenaan dan semua pelajarnya telah ditangkap. Mudir sekolah berkenaan sempat melarikan diri dan berita mengenainya tidak diketahui sehingga kini samaada masih hidup atau sudah meninggal dunia. Sebelum serbuan ke atas sekolah berkenaan dibuat, pihak kerajaan telah memaksa pihak sekolah untuk mengubah sukatan matapelajaran yang dikatakan terlalu islamik. Antara matapelajaran yang dipaksa diajar adalah pendidikan moral berdasarkan agama Buddha yang merupakan pelajaran wajib di sekolah-sekolah kerajaan selain matapelajaran Bahasa Thai dan pelajaran-pelajaran akademik.

Sekarang apa yang tinggal di kawasan sekolah terbabit hanyalah bangunan sekolah yang sudah berlubang-lubang dan pondok-pondok kediaman yang hampir runtuh. Kami sempat meninjau keadaan didalam kelas-kelas pengajian. Masih jelas kelihatan jadual waktu yang tertampal didinding. Matapelajaran yang diajar tidak lebih daripada asas-asas pelajaran Agama Islam seperti yang diajar di Sekolah Agama Rakyat disini. Kitab-kitab agama berselerakan diatas lantai dan almari-almari yang kopak berselerakan didalam kelas. Kami juga menemui sekeping kertas berwarna biru yang bertulisan Thai dan Melayu, kertas berkenaan merupakan risalah-risalah propaganda oleh pihak tentera yang mengatakan bahawa pihak tentera datang untuk menyelamatkan penduduk dan mereka yang memperjuangkan ajaran Islam ini kebanyakkannya adalah pengganas yang suka membunuh orang. Sejak kempen memerangi keganasan yang dipelopori oleh Amerika Syarikat dilaksanakan oleh kerajaan di selatan Thai, berpuluh-puluh buah sekolah agama seperti ini telah ditutup atas alasan madrasah-madrasah adalah kilang menghasilkan pengganas.

Kes Ke Empat

Tempat : Kg. Teluk Au, Yaring, Pattani.

Responden : Tuan Fatimah

Tarikh kejadian : Jun 2008.

Suami Tuan Fatimah, Muhammad Khoya merupakan seorang Imam di Masjid Darul Salam, Kg Teluk Au, Yaring. Beliau juga merupakan seorang guru yang mengajar di Masjid dengan pendapatan 800 – 1000 Bath (RM80 – RM 100) sebulan. Beliau telah ditembak mati oleh pihak yang tidak dikenali selepas keluar daripada masjid sesudah solat. Laporan daripada pihak polis menyatakan bahawa isteri mangsa iaitu Puan Fatimah mengaku suaminya telah dibunuh oleh pihak ‘musuh peribadi’ berikutan suaminya menyertai kumpulan ‘pengganas’ namun Puan Fatimah menafikan kononnya beliau pernah membuat kenyataan tersebut. Rumah yang didiami oleh Puan Fatimah juga telah dituduh sebagai tempat menghasilkan bom buatan sendiri oleh pihak polis. Sebelum kejadian, adik kepada Imam Khoya pernah ditangkap selama sebulan oleh pihak polis atas dakwaan menyertai kumpulan ‘pengganas’. Adik mangsa sering dicari oleh pihak polis sebelum hilang akhirnya dan dipercayai melarikan diri. Setelah adik mangsa menghilangkan diri, pihak tentera sering datang ke rumah mangsa untuk cuba bersahabat dengan mangsa tanpa tujuan yang jelas. Namun, setelah mangsa mati ditembak, pihak tentera tidak lagi pernah datang ke rumah. Tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa untuk menyiasat pembunuhan ini dan tiada suspek yang dikenalpasti.

Berikutan dengan kematian suaminya, ibu tunggal ini yang mempunyai empat orang anak (13, 12, 8, dan 3 tahun) menyara hidup dengan mengambil upah mengajar Al-Quran. Akhir tahun 2008, Puan Fatimah telah menerima bantuan kewangan misteri 50 000 Bath (RM 5000) yang dimasukkan terus ke dalam akaun bank. Setiap anak beliau juga menerima sumbangan wang berjumlah 16 000 Bath (RM 1,600.00) seorang kecuali anak bongsu yang menerima 11 000 Bath (RM 1100). Wang berkenaan dipercayai diberi oleh pihak kerajaan berikutan beberapa pegawai kerajaan yang datang ke rumah menasihati beliau agar membuka akaun bank. Tujuan pemberian wang berkenaan tidak pernah dijelaskan kepada Puan Fatimah oleh mana-mana pihak. Anak sulung mangsa kini sedang belajar di Kolej Islam Selangor (KUIS).

Kes Kelima

Tempat : Kg Ai Saktia, Bukit, Narathiwat.

Responden : Puan Maskah, (Isteri mangsa)

Tarikh Kejadian : Mac 2008

Ustaz Aziz (48 tahun) yang merupakan mudir sebuah sekolah agama ditembak mati bersama anak lelaki sulung mangsa berusia 17 tahun dihadapan rumah kedai milik mangsa pada waktu asar sekitar jam 4 petang. Penyerang yang tidak dikenali melepaskan tembakan bertalu – talu secara mengejut daripada sebuah kereta vios berwarna hitam. Kedua-dua mangsa maut ditempat kejadian. Pada hari kejadian, Ustaz Aziz bersama anaknya baru pulang daripada Sungai Golok membeli barang jualan untuk dijual dikedainya. Ustaz Aziz pernah ditahan selama dua bulan di penjara Bangkok bersama 10 tahanan yang lain kerana disyaki merupakan pimpinan Jemaah Islamiah (JI) dan PULO. Beliau juga dituduh terlibat dalam cubaan membunuh penghulu Kg Tok Din, Narathiwat. Setelah dibebaskan, beliau kembali mengajar seperti biasa dan berniaga barang-barang yang dibawa daripada Kelantan. Beberapa hari sebelum kejadian, beberapa orang yang dipercayai pihak tentera telah datang beberapa kali ke rumah Ustaz Aziz namun tidak dapat berjumpa dengan beliau kerana keluar membeli barangan jualan. Sebuah kereta Vios berwarna hitam juga sering kelihatan melalui jalan dihadapan rumah Ustaz Aziz beberapa hari sebelum kejadian.

Ustaz Aziz meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak yang masih kecil. Anak yang bongsu berumur 2 tahun. Balu beliau menyara hidup dengan meneruskan perniagaan arwah suaminya berniaga barang-barang yang dibawa daripada Kelantan. Balu mangsa tidak ada menerima apa-apa bantuan rasmi daripada pihak berwajib. Salah seorang anak mangsa kini belajar di sebuah sekolah agama di Muar, Johor.

Kes Ke Enam

Tempat : Kg. Lubuk Che Kak, Narathiwat.

Responden : Adik kepada Ibu Mangsa.

Tarikh Kejadian : Penghujung Tahun 2008

Menurut adik kepada ibu mangsa, rumah yang didiami keluarga ini sudah tidak berpenghuni lagi sejak tiga bulan yang lalu berikutan rumah ini sering dilawati oleh pihak tentera yang mencari bapa mangsa, Mat Razali Awea, seorang imam di kampung ini. Sejak kejadian serbuan pihak temtera ke atas rumah beliau, Imam Mat Razali tidak pernah pulang ke rumah dan nasib beliau juga tidak diketahui sama ada masih hidup atau sudah mati. Atas nasihat jiran dan saudara mara, ibu kepada mangsa telah berpindah ke rumah waris di Pekan Nara. Mangsa yang terbunuh didapur rumah ini merupakan seorang remaja 16 tahun, Hamdi yang juga merupakan anak kedua didalam keluarga ini. Dalam kejadian yang berlaku pada satu malam tahun 2008, pihak tentera telah memecah masuk rumah keluarga ini tanpa apa-apa waran dengan memecahkan pintu rumah. Dipercayai, sasaran yang hendak dibunuh oleh pihak tentera adalah Imam Mat Razali. Namun, pada waktu kejadian, Hamdi yang kebetulan sedang menonton televisyen diruang tamu terus berlari ke bahagian dapur untuk menyelamatkan diri namun menemui ajal setelah ditembak bertalu-talu oleh pihak tentera. Ayahnya, Imam Mat Razali pada ketika itu sedang mengasah parang di belakang rumah. Apabila mengetahui anaknya dibunuh, beliau melarikan diri ke dalam hutan dan terus dikejar oleh pihak tentera. Nasibnya selepas itu, tidak pernah diketahui. Ibu mangsa yang ketika itu sedang membaca Al-Quran di ruang solat tidak diapa-apakan oleh pihak tentera. Ibu mangsa dibiarkan menangisi kematian anaknya seorang diri apabila pihak tentera beredar.

Kini, setelah ibu mangsa berpindah ke Pekan Nara, rumah keluarga ini yang baru sahaja siap dibina daripada kayu dibiarkan tidak berpenghuni. Kesan-kesan tembakan jelas kelihatan di dapur rumah ini.

Kes Ke Tujuh

Tempat : Kg. Hangus, Narathiwat.

Responden : Pn. Meriam Roni (Isteri Mangsa)

Tarikh Kejadian : 26 Oktober 2007 (Dua hari selepas Hari Raya Aidilfitri)

Pada jam 5 pagi, seperti biasa Abd Latif Awe (Mangsa) akan ke Madrasah Takwimatul Diniah Al-Islamiah yang terletak tidak sampai 10 meter dihadapan rumah beliau. untuk menjadi bilal. Kelas-kelas pengajian untuk kanak-kanak atau biasa disebut tadika terletak bersebelahan dengan surau. Kolah mengambil wuduk pula terletak dihadapan surau. Namun pada pagi itu, belum sempat Abd Latif masuk ke surau untuk menunaikan solat subuh, segerombolan pasukan tentera berpakaian hitam siap dengan segala peralatan pertahanan mengepung kawasan surau. Abd Latif ditembak dikaki di hadapan kolah tersebut. Abd Latif berlari masuk kedalam surau menuju ke mihrab surau. Tanpa mempedulikan jemaah yang lain yang turut ada di dalam surau terbabit, lima orang askar memecah masuk surau dan melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah Abd Latif. Abd Latif maut dimihrab surau berkenaan. Salah seorang daripada jemaah turut cedera di belakang badan akibat terkena tembakan. Isteri mangsa, Pn Meriam cemas apabila terdengar bunyi tembakan di surau lantas bergegas ke tempat kejadian sambil meraung kepada anggota tentera agar berhenti menembak suaminya. Namun, bunyi alat komunikasi radio yang dipakai tentera mengeluarkan suara, ‘Imam sudah mati!, Imam sudah mati!’ nyata memberitahu nyawa suaminya telah tiada. Melalui alat komunikasi radio itu juga, dapat diketahui bahawa pihak tentera sebenarnya berniat membunuh imam surau tetapi tersilap sasaran membunuh bilal kerana mereka menyangka Abd Latif adalah imam di surau berkenaan. Berikutan dengan itu, imam sebenar di Kg Hangus telah melarikan diri dan tiada siapa yang berani menggantikan tempatnya. Dua hari sebelum kejadian, iaitu pada Hari Raya Aidilfitri, segerombolan askar dilihat meronda-ronda sekeliling kampung dan sebahagian daripada askar terbabit dilihat menyelongkar tadika untuk mendapatkan maklumat ‘pengganas’ kononnya. Semua tayar kereta di kampung ini juga dipancitkan dipercayai untuk menyukarkan orang yang mungkin tercedera apabila diserang sukar untuk mendapatkan rawatan. Di daerah bergolak ini, guru tadika sering dituduh sebagai ‘pengganas’ oleh pihak tentera. Alasannya, guru-guru ini mengajar Agama Islam dan individu yang kuat agama itu adalah pengganas. Di dalam surat laporan yang dikeluarkan polis, rumah yang didiami oleh Abd Latif telah dituduh sebagai tempat menyimpan senjata. Namun setelah pemeriksaan dilakukan, tiada senjata yang ditemui.

Kini Pn. Meriam tinggal di rumahnya hanya bersama dengan ibunya yang berusia 70 tahun dan tidak berapa sihat kesihatannya. Jelas kelihatan wajah sedih si nenek tua yang kehilangan menantunya. Dia mengeluh kerana sudah tiada siapa lagi yang berani menjadi imam dan tok guru dimasjid. Pn Meriam mampunyai 7 orang anak, anaknya yang sulung telah berkahwin dan dialah yang menyara keluarga ketika ini. Anak-anaknya yang masih belajar, tiga orang semuanya tidak dibenarkan balik oleh ibu mereka sendiri. Ini kerana keselamatan anak-anak lelakinya tidak terjamin jika mereka pulang ke rumah. Pihak tentera sentiasa mencari peluang untuk membunuh anak-anak beliau yang sedang belajar di Pondok Cherong. Tempat pengajian yang dituduh oleh pihak tentera sebagai pusat latihan pengganas.

Kes Ke Lapan

Tempat : Kg Sata, Resoh, Narathiwat.

Responden : Tiada

Tarikh Kejadian : Tidak diketahui

Kami tiba di sebuah masjid yang terletak di dalam ladang getah. Bersebelahan dengan masjid tersebut, terdapat sebuah kedai makan. Kami diberitahu oleh pelajar-pelajar Pattani yang turut serta dalam program ini bahawa masjid dan kedai makan ini pernah menjadi sasaran tembakan membuta tuli pihak tentera. Tidak banyak maklumat yang diperolehi.

Kehadiran sekumpulan tentera lengkap bersenjata dan berkereta perisai ke tempat kami berkumpul sangat mengejutkan kami. Pihak tentera mengarahkan agar kami beredar. Pihak urusetia program cuba menerangkan kepada pihak tentera bahawa program yang dirancang ini sudah diluluskan oleh pihak pemerintah tentera sendiri melalui surat yang beliau tandatangani. Namun, pihak tentera yang mengawal kawasan ini tetap tidak membenarkan kami berjumpa dengan orang kampung disini. Kami beredar atas perintah tentera dan mula bergerak ke destinasi seterusnya.

Kes Ke Sembilan

Tempat : Kg. Kota, Rusoe, Narathiwat.

Responden : Syukri Salleh (Salah seorang mangsa).

Tarikh Kejadian : 19 Mac 2008

Selepas waktu Isyak 19 Mac 2008, Syukri Salleh, 31 tahun dan bapa saudaranya Imam Yaapar, 56 tahun didatangi oleh beberapa orang askar di rumah mereka yang terletak dihadapan Masjid Kg. Kota. Tanpa sebarang waran, mereka berdua ditangkap atas alasan menyertai kumpulan ‘pengganas’ yang dikenali sebagai RKK (Ronda Kumpulan Kecil @ ‘Small Combat Unit’). RKK adalah istilah yang digunakan oleh pihak tentera untuk merujuk kepada kumpulan pengganas yang mereka sendiri tidak kenali. RKK sering menjadi alasan penahanan tanpa bicara oleh pihak tentera. Dalam kes ini, Imam Yaapar dan Syukri ditahan bersama dengan empat yang lain di sebuah kem askar yang dinamakan Choko 39 yang terletak di Bandar Rusoe. Tiga daripada mereka tidak diapa-apakan dan dibebaskan setelah disoal-siasat manakala tiga yang lain iaitu Imam Yaapar, Syukri Salleh dan Rayu Khoko ditahan lebih lanjut selama dua hari. Soal siasat terhadap Imam Yaapar, Syukri dan Rayu, dilaksanakan dengan kejam hingga menyebabkan kematian Imam Yaapar di dalam tahanan dan kecederaan kekal terhadap Rayu.

Pada malam kedua, setelah disoal-siasat dan didera sebanyak dua kali sebelum ini, sekali lagi Imam Yaapar dibawa ke belakang kem untuk disoal-siasat kali ketiga. Kali ini, Imam Yaapar dipukul dan ditendang dengan cukup kejam sehingga dua tulang rusuknya patah dan menyebabkan kematiannya. Rayu pula digantung dengan kaki keatas, kepalanya dibalut plastik untuk melemaskannya dan hanya dibuka apabila Rayu hampir pengsan dan tiga kuku jarinya, bawah matanya serta kemaluannya ditusuk dengan jarum. Syukri pula dibelasah enam kali menggunakan kasut keras tentera hanya kerana memohon pihak tentera untuk menunjukkan rasa belas kasihan kepada bapa saudaranya yang telah tua. Perkara ini menjadi satu isu yang sangat besar sehingga satu tunjuk perasaan besar-besaran telah dilakukan oleh kumpulan pelajar dan hak asasi manusia di Bangkok untuk menuntut keadilan. Berikutan desakan daripada kumpulan ini, akhirnya pihak tentera berjanji menyiasat perkara ini. Namun, keadilan yang diharapkan masih lagi jauh. Hanya 5 daripada 16 anggota tentera yang terlibat dalam penderaan terbabit dihadapkan ke mahkamah tentera. Mahkamah tentera tentulah memberikan hukuman yang paling ringan untuk anggotanya sendiri, 5 anggota berkenaan hanya ditukarkan tempat bertugas. Itu sahaja hukuman yang diberikan terhadap pembunuhan kejam yang dilakukan.

Kes ini tidak berakhir disini, sekarang Syukri menjadi buruan sepasukan anggota bersenjata dipercayai tentera yang mahu membunuh beliau. Rumahnya pernah diserang dengan tembakan bertalu-talu oleh pihak terbabit yang mengakibatkan dua orang rakannya terbunuh. Kebetulan, Syukri tiada di rumah pada waktu itu. Kini, Syukri tinggal di rumah warisnya ditempat lain yang lebih selamat.

Kes Ke Sepuluh

Tempat : Kg Atas Guar, Kota Teras, Raman, Yala.

Responden : Pn. Aminah

Tarikh Kejadian : 15 Julai 2007

Pn. Aminah, 45 tahun hanya terbaring di atas katil yang terletak di tepi tingkap rumahnya apabila kami sampai. Sejak dua tahun lalu dia sudah terlantar di situ, tidak dapat bergerak ke mana-mana. Pn. Aminah hanya dapat menggerakkan anggota dari pinggang hingga ke atas sahaja. Doktor memberitahu, peluru yang berselisih di tulang belakang Pn. Aminah telah merosakkan sistem saraf tunjang lalu mengakibatkan lumpuh separuh anggota badan. Kerana lumpuh, Pn. Aminah terpaksa memakai lampin dewasa, 3 helai sehari dengan kos 15 Bath (RM 1.50) sehelai. Apa yang berlaku hari ini adalah rentetan daripada peristiwa yang berlaku pada jam 5.30 pagi, Julai 2007. Pagi itu, seperti hari-hari biasa, Pn. Aminah dan suami, Umar Mansor, 46 tahun yang merupakan seorang guru Maahad Islami Bala pergi ke Bandar Yala untuk berniaga. Secara tiba-tiba, sembilan lelaki berbaju hitam dan bercermin mata gelap menyerang kenderaan Umar. Umar yang berada diluar kenderaan pada ketika itu terus ditembak. Tiga das tembakan menembusi pinggang, belakang dan jantung Umar. Umar maut di tempat kejadian. Ketika ditembak, Umar sempat melaungkan takbir sebanyak tiga kali lantas mengejutkan Pn. Aminah yang berada di dalam kenderaan ketika itu. Pn. Aminah meluru ke arah suaminya. Namun, Pn. Aminah juga ditembak dengan tiga das tembakan yang mengenai belakang, tangan dan perut beliau. Pn. Aminah tidak sedarkan diri selama 10 hari dan tidak sempat melihat arwah suaminya dikebumikan. Beliau terlantar di hospital selama dua bulan sebelum dibawa pulang ke rumah ibu mertuanya. Menurut Pn Aminah, sebelum suaminya dibunuh, pihak tentera pernah menahan suaminya beberapa kali atas alasan yang tidak jelas. Suaminya mengajar bahasa Arab di sekolah. Sekarang, guru yang menggantikan Umar turut menjadi suspek pengganas oleh pihak tentera.

Umar meninggalkan Pn Aminah yang telah lumpuh bersama enam orang anak. Anak yang bongsu berusia tujuh tahun dan yang sulung merupakan gadis berusia 19 tahun. Pn Aminah yang tidak boleh lagi berkerja dan hanya bergantung kepada bantuan sebanyak RM 20 ribu ringgit yang diberikan oleh dua buah jabatan kerajaan. Namun dengan kos hidup yang tinggi kerana kesihatannya yang tidak mengizinkan, wang yang diterimanya itu memang tidak mencukupi.

Kes Ke Sebelas

Tempat : Kg Ubei, Bannang Star, Yala.

Responden : Pn Roqiah (Mak Ngah)

Tarikh Kejadian : Hujung Tahun 2008

Sudah hampir setahun Mak Ngah berulang alik dua minggu sekali ke Bandar Yala yang terletak kira-kira 80 km dari Bannang Star. Mak Ngah sudah berusia 60 tahun. Namun semangatnya untuk meneruskan hidup bersama kakaknya tidak pernah pudar. Sejak hampir setahun yang lalu, suaminya, Abd Rahman, berumur 70 tahun ditahan di Penjara Yala kerana dituduh menembak curi pasangan orang kenamaan Buddha yang pada ketika itu sedang melawat sebuah sekolah di Yala untuk memberi bantuan. Jika difikirkan, Abd Rahman sudah terlalu tua untuk menjadi pembunuh. Penjara itulah yang menjadi tempat tujuan Mak Ngah dua hari sekali pada awal-awal suaminya meringkuk dalam penjara. Namun, oleh kerana sudah tua dan perlu menoreh getah untuk meneruskan hidup, Mak Ngah terpaksa menghadkan lawatan ke penjara kepada dua kali sebulan. Kesedihan Mak Ngah bertambah beberapa bulan yang lalu apabila anaknya, Wan Ali, 27 tahun ditembak mati oleh pihak tentera kerana dituduh mencuri senjata di kem tentera. Dalam kejadian itu, Wan Ali dibunuh kejam oleh tentera bersama dengan 6 yang lain di sebuah pondok di Balau, Yala. Seorang daripada mereka telah dijerut mati di dalam sebuah rumah berhampiran pondok berkenaan. Dalam kejadian yang sama, pihak tentera telah membedil pondok yang sedang didiami 5 yang lain termasuk Wan Ali. Pondok berkenaan dibedil berkali-kali daripada darat dan udara menggunakan helikopter lantas mereka semua terbunuh ditempat kejadian.

Kini, Mak Ngah tinggal bersendirian bersama kakaknya di kampung. Selain menoreh getah, beliau juga sering pergi ke Bandar Baling, Kedah untuk membeli barang dan dijual di Yala untuk meneruskan hidup.

Kes Ke Dua Belas

Tempat : Kg Reban, Yaha, Yala.

Responden : Kholifah Ahmad (Isteri Mangsa)

Tarikh Kejadian : 26 Mac 2009

Baru 15 hari yang lalu, sebelum kami menziarahi rumah Pn Kholifah, suaminya, Mohammad ditembak mati didalam hutan oleh pihak tentera. Suaminya telah dituduh oleh pihak tentera sebagai ketua pengganas. Dalam kejadian itu, pertempuran telah berlaku dan mengakibatkan dua orang penduduk dan seorang askar maut. Ketika suaminya terbunuh, anak bongsu mereka baru sahaja berumur 50 hari. Namun, Pn Kholifah tidak sedikit pun menunjukkan rasa sedih. Dia cuma berasa kesal kerana suaminya lambat dikebumikan, ini kerana pihak tentera menahan mayat suaminya untuk penyiasatan. Setelah hampir seminggu meninggal dunia, barulah mayat suaminya dihantar kerumah.

Ini bukanlah kali pertama Pn Kholifah menghadapi kematian ahli keluarga akibat dibunuh. Lima bulan lalu, pada 4 November 2008, anak keduanya maut ditembak sekumpulan anggota berpakaian hitam ketika mengambil wuduk diluar rumah. Pada malam itu, Pn. Kholifah baru pulang daripada mengaji apabila beliau terdengar bunyi tembakan dikawasan rumah beliau. Sampai di rumah, beliau dapati tiada apa yang berlaku. Bunyi tembakan memang biasa kedengaran di sini. Melihat anaknya yang masih belum solat, beliau menyuruh anaknya mengambil wuduk diluar dan segera menunaikan solat. Tidak disangka-sangka, tiba-tiba rumah beliau dihujani dengan peluru yang menembusi dinding zink rumah dari luar. Pn. Kholifah yang sedang membaca Al-Quran pada ketika itu bergegas memeluk anak-anaknya yang berada didalam rumah. Setelah hujan peluru itu berhenti, beliau terus turun keluar rumah untuk mencari anak lelakinya. Anak lelakinya ketika itu sudah terbaring di atas tanah dan tidak bernyawa lagi. Dari luar, jelas kelihatan lubang-lubang bekas peluru di dinding rumah. Pada malam itu, dua rumah lagi turut menjadi sasaran serangan.

Kini, Pn Kholifah menjadi ketua keluarga dan meneruskan hidup dengan menoreh getah. Anak-anaknya berjumlah lapan orang semuanya. Namun, beliau menyuruh semua anak lelakinya meniggalkan rumah dan belajar di Pondok yang jauh daripada rumah demi keselamatan mereka. Hanya anak-anak perempuan sahaja yang tinggal bersama dengan beliau dan juga anak lelaki bongsunya Mohd Rusalin yang baru berusia sebulan sepuluh hari.

Kes Ke Tiga Belas

Tempat : Kg. Reban, Yaha, Yala.

Responden : Tuan Timah Nik Wok

Tarikh Kejadian : 4 April 2009

Tuan Timah, 39 tahun baru pulang daripada menziarahi suaminya tiga hari lepas sebelum kami tiba dirumahnya. Suaminya, Mohd Daud Senit Min, 39 tahun telah ditangkap oleh pihak tentera di sebuah kem di Pattani seminggu yang lalu bersama menantunya. Selama tiga hari Tuan Timah tidak mendengar apa-apa berita mengenai suaminya sejak suaminya dan menantu pergi ke Pattani untuk berjumpa dengan saudara mara disana. Di Selatan Thailand ini, kejadian orang hilang tanpa apa-apa khabar berita sudah menjadi satu perkara biasa. Khabar angin mengatakan mereka yang hilang ini diculik oleh pihak bersenjata. Pihak kerajaan menuduh pihak yang mereka gelar ‘pengganas’ yang melakukan penculikan ini, manakala kebanyakkan orang kampung mengatakan pihak tenteralah yang melakukan penculikan itu. Dalam kes ini, suami Tuan Timah yang melakukan kerja-kerja kampung untuk hidup ditahan kerana disyaki menganggotai kumpulan pengganas. Dengan nada yang sedih, Tuan Timah menceritakan keadaan suaminya yang lebam seluruh badan dan muka ketika ditemui di kem tentera terbabit. Kaedah mendera suspek untuk mendapatkan maklumat dan mengaku sebagai pengganas sering digunakan oleh pihak tentera tanpa mempedulikan undang-undang antarabangsa yang melarang perbuatan seumpama itu. Pernah juga berlaku kes dimana tahanan dipukul sehingga mati seperti yang dilaporkan sebelum ini iaitu kes Imam Yaapar. Namun, Tuan Timah bersyukur kerana suaminya masih hidup. Nasib yang menimpa ayahnya, Abd Wahab (49 tahun) dan anak bongsunya, Kifnan (6 tahun) telah menjadikan diri Tuan Timah tabah menghadapi penahanan suaminya.

Abd Wahab telah ditembak ketika masih berada didalam kereta bersama dengan cucunya Kifnan. Ketika itu, beliau baru sahaja pulang daripada melawat cucunya yang lain yang belajar di sebuah sekolah pondok. Sebaik sahaja sampai dikawasan rumah, sekumpulan anggota bersenjata yang menaiki ‘pick-up’ telah melepaskan tembakan menembusi cermin kereta lalu membunuh Abd Wahab. Kifnan terselamat, tetapi satu serpihan cermin kereta telah melekat pada mata Kifnan menyebabkan sebelah matanya buta. Tiada apa lagi yang diharapkan oleh Pn Timah selain mengharapkan tiada lagi anggota keluarganya yang terbunuh.

Kes Ke Empat Belas

Tempat : Kg. Basa 8, Yaha, Yala.

Responden : Mohd Daniel ( Setiausaha Agong Student Federation Of Thailand)

Tarikh : Mei 2007

(Mohd Daniel terlibat secara langsung membawa kes ini ke pengetahuan umum dan menuntut kedilan terhadap mangsa. Satu tunjuk perasaan besar-besaran telah diadakan di hadapan Masjid Pattani daripada 31 Mei – 4 Jun 2007 yang dihadiri lebih 10 000 orang).

Alasan pihak tentera kononnya kehadiran mereka di wilayah Selatan Thailand ini adalah untuk menjamin keselamatan penduduk adalah tidak lebih daripada ‘menyorokkan bangkai gajah dengan daun pisang’. Walaupun kehadiran tentera Negara Thai yang membuat beratus-ratus sekatan jalan setiap 20 kilometer di Selatan Thai ini dilihat sebagai menjajah negara mereka sendiri, namun tanpa segan silu mereka mengaku menjadi penyelamat rakyat. Sifat bangsat pihak tentera ini tidak dapat disembunyikan lagi apabila peristiwa rogol dan bunuh yang berlaku di Kg. Basa 8, Yala ini diceritakan sendiri oleh saksi yang terselamat daripada kejadian dahsyat ini.

Pada malam itu, Nurhayati, ibu, ayah, adik perempuannya, dan sepupunya bermalam di sebuah kebun milik keluarganya di Yala. Terdapat 8 buah pondok di kebun berkenaan. Ayah dan sepupu lelakinya tidur di sebuah pondok manakala Nurhayati, ibu dan adik perempuannya tidur di pondok berlainan. Pada malam itu, sekumpulan lelaki berjumlah 11 orang yang lengkap bersenjata dan bertopeng yang dipercayai datang ke kebun berkenaan menaiki motosikal, kenderaan besar tidak dapat melalui jalan ke kebun yang sempit. Bedilan yang bertalu-talu dilepaskan kearah kesemua pondok berkenaan. Pondok yang didiami oleh ayah dan sepupu Nurhayati dibedil hebat hingga menyebabkan kedua-duanya maut di tempat kajadian. Setiap pondok digeledah oleh pihak berkenaan yang dipercayai pihak tentera. Apabila menemui Nurhayati yang ketika itu masih hidup, mereka dengan kejam merogol Nurhayati secara bergilir-gilir. Akhirnya mayat nurhayati telah ditemui dengan kepalanya terkilas akibat leharnya patah. Ibu mangsa pula telah dipukul dengan belakang M16 sehingga pengsan. Kemudian beliau telah dibungkus dengan permaidani dan permaidani itu dibakar. Namun, api tidak membakar hangus permaidani tersebut dan ibu Nurhayati akhirnya terselamat.

Satu-satunya saksi yang melihat semua kejadian ini adalah adik Nurhayati berusia 19 tahun yang ketika itu sempat menyembunyikan diri di satu sudut tersembunyi di pondok itu. Adiknya berjaya meloloskan diri daripada kebun terbabit dengan melalui anak sungai yang ada dikebun terbabit.

Apabila kes ini diketahui umum. Tunjuk perasaan besar-besaran telah dilakukan oleh orang ramai dihadapan Masjid Pattani selama lima hari berturut-turut untuk menuntut keadilan. Akan tetapi, pihak tentera tidak mengendahkan desakan ini dan sebaliknya menuduh berita ini adalah rekaan semata-mata. Dalam masa yang sama, adik Nurhayati kini sedang berlindung disebuah tempat yang dirahsiakan. Beliau kini menjadi sasaran bunuh oleh pihak tentera. Sementara itu, usaha-usaha untuk membawa perkara ini kemuka pengadilan sedang giat dilakukan oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia dan badan-badan pelajar.

Kajian kes di atas merupakan sebilangan kisah – kisah benar yang menjadi mimpi ngeri penduduk Islam di Thailand. Masih banyak lagi kes – kes lain yang tidak direkodkan dan di dedahkan untuk pengetahuan umum. Kekejaman dan penindasan pihak tentera Thailand seolah – olah suatu perkara biasa bagi kerajaan Thailand . Tiada usaha konkrit bagi mereka untuk melindungi dan membantu rakyat negaranya sendiri walaupun berbeza bangsa dan ideologi agama. Nilai nyawa dan kemanusiaan tidak lagi menjadi agenda utama bagi mereka dalam menerapkan keharmoniaan kehidupan rakyat. Apalah ertinya sebuah kerajaan yang tidak mampu untuk membela nasib rakyat di dalam negara sendiri.

Kisah penentangan dan keganasan yang berlaku di Selatan Thai sebenarnya bermula sejak 250 tahun yang lalu apabila kerajaan Siam pada masa dahulu memulakan kempen penjajahan ke kawasan Tanah Melayu. Pada masa silam, bermula daripada Segenting Kra sehinggalah ke hujung Negeri Johor adalah negeri-negeri berdaulat yang mempunyai kesultanan yang tersendiri. Satu persatu daripada negeri-negeri ini telah dijajah oleh tentera Siam. Dicatatkan dalam sejarah, Wilayah Pattani satu ketika dulu merupakan sebuah negeri yang meliputi juga Wilayah Yala dan Narathiwat, kerajaan Siam telah memecahkan wilayah ini kepada tiga negeri berlainan iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat untuk memudahkan pentadbiran dan juga sebagai satu usaha untuk melenyapkan sejarah asal Pattani yang berdaulat.

Kekuatan jati diri rakyat Pattani sejak 250 tahun dahulu yang tidak mahu menukar identiti mereka sebagai Bangsa Thai jelas dapat dilihat jika kita mengkaji sejarah Masjid Krisik, sebuah masjid yang dibina lebih 300 tahun yang lalu oleh seorang peniaga mualaf yang datang dari China. Di ceritakan bahawa mualaf ini telah memeluk Islam ketika berada di Pattani dan akhirnya tinggal di Pattani sehinga akhir hayatnya. Masjid ini pernah dibakar oleh tentera siam yang menyerang Pattani ratusan tahun dahulu, sehingga hari ini, masjid ini tidak pernah dibina semula dan dibiarkan dalam bentuk asal setelah dibakar untuk mengingatkan generasi akan datang bahawa tanah air mereka sedang dijajah. Oleh kerana ia diperbuat daripada batu ia masih kukuh dan boleh digunakan untuk bersolat walaupun kelihatan buruk.

Bersebelahan masjid berkenan, terdapat sebuah makam cina yang sangat besar dipercayai milik adik kepada mualaf yang membina Masjid Krisik. Beliau dipercayai telah datang dari China hanya untuk memujuk agar abangnya kembali ke China. Masyarakat tempatan menceritakan kepada kami sebenarnya makam adik mualaf ini asalnya bukan bersebelahan masjid dan makamnya tidak besar. Pihak kerajaan telah memindahkan makamnya kesebelah masjid dan membinanya dengan besar untuk mengelirukan pelancong.

Kebanyakkan pelancong luar pasti akan dibawa ke makam ini sebagai tempat pelancongan yang utama daripada Masjid Krisik. Cerita yang diberitahu oleh penjaga makam juga sangat berlainan daripada sejarah yang diceritakan penduduk tempatan. Penjaga makam bercerita, kononnya Masjid Krisik tidak pernah siap dibina kerana adiknya telah menyumpah masjid berkenaan kerana abangnya yang telah memeluk Islam tidak mahu mengikutnya balik ke China. Walaupun sukar dipercayai secara logik, sedikit sebanyak sejarah sebenar Masjid Krisik telah disembunyikan.

Walaupun penentangan terhadap penjajahan Siam berlaku sejak 250 tahun lalu, aktivitinya semakin berkurangan sehinggalah muncul Hj. Sulong, iaitu seorang pemimpin tempatan yang cuba berunding dengan Kerajaan Thai untuk menuntut 7 perkara pada tahun 1982. Namun, rundingan Hj. Sulong telah ditolak dan beliau telah dibunuh di Senggora apabila pulang dari Bangkok. Akibat daripada pembunuhan ini, siri perjuangan bersenjata yang baru telah bermula sehingga kini. Tujuh tuntutan Hj. Sulong adalah:

1. Ketua-ketua wilayah di Selatan Thai dilantik daripada masyarakat tempatan dikalangan orang Islam kerana majoriti penduduk adalah Islam.

2. Pengajaran di Sekolah Rendah dibenarkan diajar dalam Bahasa Melayu.

3. Cukai yang dikutip di Wilayah Selatan Thai diutamakan kepada penduduk Selatan Thai dahulu.

4. 85% pegawai kerajaan di Wilayah Selatan hendaklah terdiri daripada orang Islam.

5. Bahasa Melayu dan Bahasa Thai digunakan sebagai bahasa rasmi di wilayah ini.

6. Mewujudkan Majlis Agama Islam di 4 Wilayah Selatan (Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat) yang berhak mengeluarkan hukum berkenan pentadbiran Islam.

7. Menubuhkan mahkamah Syariah di Wilayah Selatan untuk kemaslahatan umat Islam Selatan Thai terutama dalam hal-hal keluarga Islam.

Dasar kerajaan terhadap Selatan Thai tidak pernah berubah sejak tahun 2004 iaitu sebagai kawasan darurat walaupun setelah empat perdana menteri bertukar ganti. Dipercayai, dasar terhadap Selatan Thai adalah dibawah pengaruh pihak Istana. Dimana-mana sahaja di Selatan Thai, sering dilihat tugu yang dibina daripada batu yang memuatkan gambar Raja Bhumipol dipercayai sebagai propaganda untuk mengingatkan rakyat Selatan Thai bahawa mereka sekarang adalah rakyat Raja Bhumipol.

Hampir separuh daripada jumlah tentera Thai kini berada di Selatan Thai, ada diantara mereka sudah 3 hingga 4 tahun tidak pulang ke rumah. Kebanyakkan mereka adalah tentera kerahan tenaga yang wajib dijalani oleh seseorang warga Thai berumur 21 tahun yang dipilih secara rawak. Setiap 20 km, sekatan jalan akan diadakan. Disetiap sekatan jalan, siap dibina kubu yang dikawal rapi oleh askar-askar dengan senjata berat.

Disini, wujud kawasan yang digelar Green Zone dan Red Zone. Green Zone adalah kawasan yang kurang penentangan (biasanya kawasan bandar yang menjadi tumpuan pelancong). Kawasan Red Zone adalah kawasan yang banyak penentangan (biasanya kawasan kampung yang banyak sekolah agama dan guru-guru yang mangajar di Masjid).

Bahasa Melayu pula masih digunakan secara meluas dikalangan masyarakat di daerah Pattani walaupun mereka telah dipaksa mempelajari Bahasa Thai sejak berumur 5 tahun lagi disekolah-sekolah kerajaan. Bahasa Melayu masih ditulis dengan tulisan Jawi oleh majoriti masyarakat. Bahasa Melayu tidak pernah diajar secara rasmi di sekolah melainkan di sekolah-sekolah persendirian atau sekolah pondok dan tadika Islam.

Majoriti masyarakat berkerja sebagai nelayan atau penoreh getah selain berniaga barang-barang runcit atau membuat keropok lekor. Sejak perintah darurat dikuasakan, ramai penduduk tidak dapat lagi berkerja menoreh getah kerana kebun getah sering menjadi tempat operasi pihak tentera. Kerja yang paling popular yang boleh dilukukan mereka adalah membuka kedai Tomyam di Malaysia. Boleh dikatakan, setiap keluarga yang kami temui mempunyai ahli keluarga yang berkerja di Malaysia sebagai tukang masak atau pembantu kedai.

Maklumat yang penulis perolehi daripada rakan-rakan disini adalah kegiataan pengedaran dadah kepada pemuda-pemuda disini semakin giat berlaku dan keadaan ini lebih memburukkan keadaan, Maklumat yang di perolehi, penagih-penagih dadah ini yang merupakan anak muda yang menjadi harapan bangsa mendapat bekalan dadah daripada pihak tentera yang mengedar dadah secara senyap. Besar kemungkinan ini adalah strategi yang di gunakan untuk memabukkan pemuda Pattani agar mereka melupakan perjuangan nenek moyang mereka untuk memerdekakan tanah air daripada penindasan. Dadah ini juga ditanam di kawasan-kawasan Green Zone oleh kartel-kartel dadah yang dilindungi oleh pihak tentera.

Rentetan daripada krisis ini penulis sangat berharap kerajaan Malaysia dan umat islam keseluruhannya dapat memainkan peranan yang proaktif dalam mencari penyelesaian tentang permasalahan ini. Kita sedari bahawa maklumat-maklumat yang dikeluarkan oleh kerajaan Thai berkenaan perkara ini adalah berbeza mangikut kaca mata mereka. Maklumat-maklumat ini diperolehi daripada sudut pandangan altenatif badan-badan NGO Selatan Thai. Moga-moga pertimbangan yang sewajarnya dapat diambil oleh pihak-pihak terbabit untuk menyelesaikan isu yang sudah berakar umbi ini.

Secebis maklumat tentang krisis Selatan Thai ini dapat menjadi iktibar buat kita dibumi Malaysia yang sangat bertuah ini. Mereka bermatian mahu mempertahankan identiti mereka sebagai Bangsa Melayu yang beragama Islam walaupun telah terjajah lebih 200 tahun oleh kekuasaan Siam. Masyarakat kita disini, setelah 52 tahun merdeka, nampaknya semakin hari semakin mengikut jejak langkah Bangsa Penjajah. Doktrin penjajah yang memperlihatkan kononnya mereka lebih maju dan ’bertamaddun’ telah mengaburi pemikiran kita tentang apa sebenarnya erti tamaddun. Erti ketamadunan pada pandangan Islam iaitu satu pembentukan budaya masyarakat yang ter’islah’ tidak lagi difahami oleh masyarakat Melayu Islam disini. Tamaddun yang dicari setelah kita merdeka digambarkan dengan bangunan yang tinggi-tinggi, kilang-kilang yang besar dan jalanraya yang bersimpang-siur, tanpa mereka peduli masyarakat yang sakit dengan segala jenis ketidakadilan sosial, hutan-hutan yang musnah dan nilai agama yang semakin dipandang jelik dan kolot.

Dengan kemerdekaan kita ini, kita seolah-olah menjadi lebih barat daripada orang barat. Muncul golongan yang tidak mengerti lagi untuk memartabatkan bahasa ibunda bangsa dan kaum seagamanya. Adalah terlalu biadap jika seorang melayu mengaku bodoh jika berbicara dalam Bahasa Ibunda, cara mereka berfikir, bahkan cara mereka bermimpi, sudah menyamai cara penjajah. Kian lama, kian berani mereka celupar mengatakan agama islam yang mereka anuti itu adalah agama yang kolot, terlalu banyak larangannya. Mereka sudah tidak pandai sembahyang, tidak tahu apa itu zakat, tidak larat berpuasa cuma tahu berhari raya, dan tidak pernah mahu ke Mekah, hanya mahu ke London melawat kaum penjajah. Kadang-kadang jika ditanya, mereka mengatakan mereka orang Islam kerana nenek moyang mereka Islam. Nama mereka juga Islam, tetapi arak diminumnya, babi dimakannya juga, zina bukan soal lagi, ia perkara peribadi yang tidak boleh disoal apatah lagi jika suka sama suka. Akhirnya jadilah kita bangsa yang fizikalnya merdeka namun fikiran dan jiwa masih terjajah, bahkan lebih teruk lagi penjajahannya kerana yang dijajah itu adalah jati diri bangsa.

Sumber :

Maklumat-maklumat ini diperolehi daripada temuramah mangsa kekejaman Krisis Selatan Thai dan perbincangan bersama aktivis-aktivis ‘Student Federation Of Thailand’, ‘Student Federation Of Southern Bordern Province’, ‘Student Youth For Protecting People’ dan ‘Southern Thailand Women Network Of Peace (Deep Peace)’.